Recents in Beach

header ads

TAREKAT, PENGERTIAN DAN SEJARAHNYA.

Dari Abu Hurairah R.A. dan Sayyidina Ali R.A., Sabda Nabi S.A.W.: "Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tarikat itu beberapa perbuatanku (amalanku) dan bermula hakikat itu beberapa hal ku (pendirianku) dan makrifat itu kepala hartaku (hasil perolehanku)"

Sabda Nabi S.A.W. lagi: “Syariat ialah kata-kataku (aqwali), tarekat ialah perbuatanku (a`mali) dan hakikat (haqiqah) ialah keadaan batinku (ahwali), Ketiganya saling terkait dan tergantung

Kata Tarikat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya: 'jalan' atau 'method', atau 'cara', menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya: "kebenaran sejati cita cita Islam yang mempunyai roh yang ingin dicapai melalui pimpinan mursyid". Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tarekat, calon penghayat tarekat akan berupaya untuk mencapai hakikat.

Tarekat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktisnya tarekat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (lahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.

Daripada dua hadis di atas, jelas dan terang sekali disampaikan pada kita bahawa tarekat itu adalah perbuatan Nabi junjungan S.A.W. Ini bermakna tarekat itu adalah sunnah Nabi S.A.W. Pengertian sunnah itu sendiri adalah percakapan, perbuatan, dan diam Rasulullah S.A.W. Segala amalan-amalan yang dilakukan oleh baginda, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, hamba yang punya rasa kehambaan, hamba yang sedar dan tahu bahawa dirinya adalah seorang hamba Allah, bukan hamba syaitan dan selain itu.

Sejarah juga mengajarkan kepada kita, tarekat itu sendiri menjadi amalan dan kehidupan para sahabat ketika kebangkitan Islam yang pertama. Para sahabat yang fanatik dan terlalu cintakan Nabi S.A.W., meniru dan menyalin peribadi Nabi kita S.A.W. demi menambahkan kecintaan pada Allah, kerana Allah itu sangat mencintai Nabi-Nya. Amalan-amalan tarekat yang diambil langsung dari Nabi S.A.W. itu menjadi kehidupan dan berjalan dengan baik selama 300 tahun, iaitu sepanjang zaman Nabi S.A.W., zaman khulafaur rasyidin, dan zaman salafussoleh. Pada tiga kurun ini, amalan-amalan tarekat tidak asing kerana segenap lapisan masyarakat mengamalkannya.

Namun selepas itu, Islam yang semakin berkembang dengan pesat ke 3/4 dunia dan umumnya amalan-amalan Nabi S.A.W. yang asas sahaja (seperti rukun Islam) yang menjadi amalan masyarakat umum Islam di ketika itu hinggalah sekarang. Amalan-amalan baginda yang tidak melibatkan ibadah asas, hanya diamalkan dan dikekalkan oleh kelompok-kelompok tertentu, yang akhirnya lahirlah kumpulan-kumpulan tarekat yang masih kekal hingga kini.

Diulangi semula di sini, tarekat itu bermula daripada amalan dan perbuatan Nabi S.A.W., samada ianya melibatkan amalan wajib mahupun sunat. Oleh kerana itu, tarekat ini juga terbahagi kepada dua, iaitu tarekat yang wajib dan yang sunat.

1. Tarekat Wajib, iaitu amalan-amalan wajib, baik fardhu ain dan fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Tarekat Wajib yang utama adalah mengamalkan rukun Islam. Amalan-amalan wajib ini insya Allah akan membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa yang dipelihara oleh Allah. Pakej Tarekat Wajib ini sudah ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Contoh amalan wajib yang utama adalah solat, puasa, zakat, haji. Amalan wajib lain antara lain adalah menutup aurat, makan makanan halal dan lain sebagainya.

2. Tarekat Sunat, iaitu himpunan amalan-amalan sunat dan mubah yang diarahkan sesuai dengan 5 syarat ibadah untuk membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa. Tentu saja orang yang hendak mengamalkan Tarekat Sunnah hendaklah selesai mengamalkan Tarekat Wajib. Jadi Tarekat Sunnah ini adalah tambahan amalan-amalan di atas Tarekat Wajib. Pakej Tarekat Sunat ini disusun oleh seorang guru mursyid untuk diamalkan oleh murid-murid dan pengikutnya. Isi dari pakej Tarekat Sunat ini tidak tetap, tergantung keadaan zaman tarekat tersebut dan juga keadaan si murid atau pengikut. Hal-hal yang dapat menjadi isi Tarekat Sunat ada ribuan jumlahnya, seperti solat sunat, membaca Al Qur’an, puasa sunat, wirid, zikir dan lain sebagainya.


Sejarah Timbulnya Tarikat.

Perkembangan Tarikat dari masa ke semasa semakin meluas, semakin ramai pula yang berhasrat ingin mempelajarinya, demi mendapatkan hati yang selamat. Maka ramailah menemui orang yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam tarekat yang dapat mendidik roh mereka. Belajar dari seorang guru mursyid dengan method mengajar yang disusun berdasarkan pengalaman dalam suatu ilmu yang bersifat praktik adalah suatu keharusan bagi mereka. Hasilnya melahirkan graduan roh atau mereka yang punya hati yang selamat dibawa pulang ke akhirat.

Ditinjau dari sudut sejarah, bilakah tarekat nama yang mula-mula timbul sebagai suatu kelompok? Menurut Imam Al Ghazali yang menghalalkan tasawuf yang sebelumnya ia dikatakan sesat, tasawuf berkembang dari dunia Islam, tetapi perkembangannya melalui tarekat. Tarekat adalah organisasi dari pengikut sufi-sufi besar yang bertujuan untuk merealisasikan ajaran-ajaran gurunya. Ia merupakan gabungan antara Iman dan Islam dalam bentuk Ihsan.

Tujuan bertarekat adalah untuk melahirkan seorang muslim yang mukmin, yang bukan sahaja punya prinsip dalam beragama bahkan punya akhlak yang terpuji lagi tinggi, sesuailah dengan akhlak Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Orang yang bertarekat adalah orang yang ingin menyalin peribadi Nabinya, yang dengannya akan membuatkan dia mendapat pandangan Tuhannya.

Secara amaliyah (praktikal), tarekat timbul dan berkembang semenjak abad-abad pertama hijriah dikenali dengan kelompok ahli sufah yang berdasarkan pada Al Qur’an dan Al Sunnah. Sejak abad 6 dan 7 hijriyah (12 dan 13 M) tarekat-tarekat telah memulai jaringannya di seluruh dunia Islam, taraf organisasinya bermacam-macam. Perbezaannya yang pertama dari semua itu terletak pada disiplin dan zikirnya yang sangat Khusus dan tersusun dan teratur. Ia berkembang dan bersesuaian dengan keadaan di sesebuah tempat atau mengikut keperluan masyarakat di ketika itu.

Antara nama-nama pengasas tarekat :

TAREKAT SANUSIYYAH,
KERAJAAN Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah gerakan pembaharuan yang berasaskan tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi.

TAREKAT AHMADIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syekh Ahmad bin Idris al-Hasan (1757-1838). Dia lahir di Fez, Maghribi dan berketurunan daripada Hasan bin Ali bin Abi Talib. Syekh Ahmad menetap di Makkah selama 14 tahun. Semasa di Makkah, dia mendalami berbagai-bagai ilmu pengetahuan terutamanya ilmu tasawuf. Sejak kecil lagi dia berminat mengamalkan tasawuf. Sewaktu remaja dia telah mengikuti beberapa tarekat yang diamalkan oleh gurunya seperti Tarekat al-Syaziliyah dan Tarekat al-Qadiriyah. Dia juga suka mengembara untuk berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal. Pada tahun 1812, dia berpindah ke Mesir dan mengasaskan Tarekat Ahmadiyah. Setelah lima tahun berada di Mesir, sekali lagi dia ke Makkah untuk menyebarkan ajaran tarekatnya.

TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad. Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib. Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali. Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah. Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali. Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf. Beliau dianggap Syeikhul Aulia (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya. Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat. Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat). Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.

TAREKAT NAQSYABANDIYAH, tarekat yang tersebar di Alam Melayu. Perkataan `Naqsyabandiyah tidak dapat diberikan takrifan yang tepat dan tidak terdapat mana-mana penulisan yang memberikan makna sebenarnya perkataan tersebut.

SYEIKH HAJI MUHAMMAD SAID AL-LINGGI, Syeikh Haji Muhammad Said al-Linggi (18741926), ulama dan pengarang kitab. Dia terkenal sebagai ulama yang mengembangkan Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Idris ad-Dandrawi. Dia mengembara
hingga Kemboja, Thailand dan Singapura, selain Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha
mengembangkan ilmu dan tarekat.

Tarekat Rifaiyah, NURUDDIN AR-RANIRI (1658) ialah ulama, penulis, mujaddid, dan Syeikh Tarekat Rifaiyah di India. Nuruddin terkenal sebagai ulama yang luas pengetahuannya. Ilmu agama yang dikuasainya ialah fikah, hadith, akidah, dan tasawuf. Dia juga pakar dalam bidang falsafah, sejarah, dan perbandingan agama.

TUAN TABAL (1816 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab Tuhfah. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima baiah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi.

Tarekat Syatariyah. ABDURRAUF SINGKEL ABDURRAUF SINGKEL (1592-1693), ulama dan ahli Tarekat Syatariyah, Indonesia. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri.

Berdasarkan kepada sejarah pengasas tarekat tidak ada di kalangan mereka pengasasnya orang perempuan. Sejarah juga mencatat, seramai 124 000 para Nabi dan 313 orang rasul, yang 25 daripadanya wajib kita ketahui, tidak ada seorang perempuan pun di kalangan mereka. Bahkan dalam hampir kesemua tarekat, perempuan-perempuan mereka hanyala di rumah sahaja, wirid zikir dan baca Quran di rumah, tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti tarekat di luar rumah.

Mengapa perlu bertarekat?

Hidup Menurut Aturan Allah, manusia perlu menjalani Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.

Syariat adalah peraturan lahir dan batin atau hukum Allah yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW. Hukum Syariat terdiri dari lima hukum, yaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.

Untuk mudah dipahami, dapat kita kiaskan seperti orang yang hendak berjalan dari Kuala Lumpur menuju Kedah. Peraturan, peta, dan segala ilmu mengenai bagaimana menuju Kedah itu adalah SYARIAT. Kemudian menjalani perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah itu adalah TAREKAT.

Orang yang hendak ke Kedah dari Kuala Lumpur mesti tahu ilmu mengenai seluk beluk lalu-lintas. Dia mesti tahu jalan yang perlu ditempuh untuk dapat sampai di Kedah. Dengan kata lain, dia mesti tahu dan paham SYARIAT menuju Kedah. Kemudian, setelah dia punya ilmu bagaimana menuju ke Kedah,maka ketika dia mulai berjalan menuju Kedah pmaka dia telah menjalani apa yang disebut TAREKAT.

Tarikat tersebuti ada yang wajib dan ada yang sunat. Yang wajib seperti sholat 5 waktu, puasa ramadhan, membayar zakat bila telah mencapai nisab, berhaji bila mampu. Ilmu tentang itu semua disebut syariat, menjalaninya disebut tarekat.

"Tarekat wajib ini memang semua orang wajib untuk menjalaninya."

Tarekat sunat, seperti tarekat naqsyabandiah, tarekat qadiriah, tarekat aurad muhammadiah, dan lain-lain (orang sekarang menyebutnya dengan istilah tarekat saja). Dalam tarekat sunat, kita mengamalkan disiplin wirid-wirid, selawat-selawat tertentu yang disusun oleh ulama-ulama terdahulu yang tersambung dengan Rasulullah S.A.W. dan dipimpin oleh seorang guru mursyid.

Ya, namanya saja sunat, ertinya ia tidak wajib. Meskipun tidak wajib, tetapi Tarekat Sunat ini membantu seseorang untuk istiqamah dalam beramal. Saya beri satu contoh sederhana. Ada hadis yang menyebut bahwa Rasulullah SAW beristighfar minimal 70 kali sehari.

Dalam Tarekat Sunat, Abuya mengajar kita supaya banyakkan bertaubat. Begitulah seorang murid didisiplinkan oleh guru mursyidnya untuk memohon ampun 50 kali dalam setiap kali selesai solat wajib. Ertinya, dalam sehari kita memohon ampun sekurang-kurangnya 250 kali dalam sehari. Walaupun Tarekat Sunat, tapi dalam hal berjemaah pula adalah wajib dan Abuya menggabungkan kedua-dua tarekat ini dalam menyempurnakan amalan Nabi di dalam jemaah. Inilah juga yang dibuat oleh mana-mana guru mursyid dalam tarekat mereka, bagi memastikan disiplin murid dalam menghubungkan mereka dengan Nabinya.