
![]() |
Maqam keluarga Bin Siddiq al-Ghumari di Zawiyah al-Ghumariyyah |

SISTEM BELAJAR
Di Madrasah ini, al-Qur'an menjadi priority pertama. Semua pelajar wajib menghafal al-Qur'an. Oleh sebab itu, majority pelajar adalah berumur belasan. Sistem menghafal adalah memakai sistem khas Maghribi yaitu dengan memakai luh @ papan dan ditulis ayat-syat sufi di atasnya. Walaubagaimanapun, pelajaran lain tetap disediakan. Sedangkan Syaikh al-Talidi akan mengajar beberapa kitab penting seperti Sahih Bukhari, Muslim, Bidayah al-Wusul dan lain-lain.
Madrasahnya yang juga dipanggil Zawiyah al-Talidi, juga menjadi pusat zawiyah sufiyyah di daerahnya yaitu Marshan. Setiap pagi, wiridan hizib-hizib seperti hizib Siddiqiyyah, hizib Masyisyiyyah, hizib Nawawi, hizib Bahr al-Syadzili, dan lain-lain dengan istiqamah dibacakan setelah subuh. Pada malam Jumaat pula, jamaah dari berbagai kampung akan datang untuk berqasidah al-Burdah dan berzikir.

Bagi antum-antum yang berasal dari Malaysia, ana mencadangkan kalau ada anak yang masih muda, ingin dimasukkan ke ma'ahad tahfiz, bolehlah memasukkan mereka ke madrasah ini. Selain agar dapat menghafal al-Qur'an dengan gaya Maghribi, dapat melancarkan percakapan bahasa Arab serta membantu Ahli Sunnah Wal Jama'ah di bandar perbatasan dengan Spanyol ini.
VISA BELAJAR
Setiap pelawat yang ingin masuk ke Morocco, wajib memiliki visa yang dibuat di Kedutaan Morocco di luar negara. Ini adalah salah satu perkara yang memalukan kerajaan kita (Malaysia) kerana orang Morocco yang ingin masuk ke Malaysia tidak memerlukan visa, dan mereka boleh tinggal di Malaysia selama 3 bulan percuma. Sedangkan bagi warga negara Indonesia (WNI) tidak memerlukan visa untuk masuk Morocco.
![]() |
Kapal Ferry ke Spain |
Disebabkan faktor tidak adanya kerja sama antara Madrasah Ibn al-Qathan dengan mana-mana institusi rasmi di Malaysia, maka mereka tidak mampu mengeluarkan Syahadah Tasjil kepada mana-mana pelajar kecuali setelah menjumpai langsung pelajar tersebut di Madrasah.
Oleh itu, semua calon pelajar yang ingin masuk di Madrasah ini, penulis mencadangkan agar memohon visa melancong ke Morocco dengan tujuan pelancong bukan belajar. Mungkin ini akan mengambil biaya sedikit, kerana ia memerlukan tiket pergi-balik.